MENCONTOHI
SOLAT RASULULLAH SAW
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah memerintahkan orang-orang beriman agar sentiasa bersolat seperti solatnya baginda sebagaimana sabdanya:
صَلُّوْا كَمَا رَاَيْتُمُوْنِيْ اُصَلِّيْ
“Solatlah kamu sebagimana kamu melihat aku solat”.[1]
Perintah di hadis ini merupakan perintah yang wajib. Adapun cara atau sifat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersolat ialah:
1. MENYEMPURNAKAN WUDUK.
Bagi setiap muslim yang ingin mendirikan solat maka diwajibkan agar terlebih dahulu menyempurnakan waduknya, kerana tidak diterima solat seseorang yang tidak sempurna wuduknya. Begitulah perintah dari syara sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
اِذَا قُمْتَ اِلَى الصَّلاَةِ فَاَسْبِغِ الْوُضُوْءَ
“Apabila engkau hendak mengerjakan solat maka sempurnakanlah wudukmu. [2]
2. MENGHADAP KE KIBLAT TERMASUKLAH HUJUNG JARI-JEMARI KEDUA KAKI.
Perlu diberi perhatian dalam menjaga kesempurnaan solat, iaitu setelah berdiri tegak dan menghadap ke kiblat, maka sebelum bertakbir hendaklah menghadapkan jari jemari kedua kaki ke arah Kiblat, kerana itulah yang dilakukan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
يَسْتَقْبِلُ بَاَطْرَافِ اَصَابِعِهِمَا الْقِبْلَةَ.
“Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat”.[3]
ثُمَّ اسْتَقْبِلِ الْقِبْلَةَ فَكَبِّرْ.
“Kemudian menghadapkan kiblat maka bertakbirlah”.[4]
Setelah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berdiri tegak untuk solat dan menghadap ke kiblat (termasuk jari-jemari kedua kaki), lalu baginda mengucapkan “Allahu Akbar” tanpa mengucapkan apa pun kalimah sebelum bertakbir, tidak melafazkan niat dan tidak seorangpun antara para sahabat, tabi’in dan imam yang empat pernah melakukannya.[5]
3. MENGUCAPKAN TAKBIR “ALLAHU AKBAR”
اِنَّهُ لاَ تَتِمُّ صَلاَةٌ ِلأَحَدٍ مِنَ النَّاسِ حَتَّى يَتَوَضَّأَ ، فَيَضَعَ الْوُضُوْءَ مَوَاضِعَهُ ، ثُمَّ يَقُوْلُ : اَللهُ أَكْبَرُ
“Sesungguhnya solat seseorang tidak sempurna sebelum dia berwuduk dan berwuduk sesuai dengan tuntutannya, kemudian ia mengucapkan: Allahu Akbar”. [6]
Semasa mengangkat kedua tangan sama ada kerana takbiratul ihram atau takbir intikal (takbir peralihan) maka keadaan kedua telapak tangan baginda dihadapkan ke arah kiblat.[7]
مِفْتَاحُ الصَّلاَةِ الطُّهُوْرُ ، وَتَحْرِيْمُهَا التَّكْبِيْرُ وَتَحْلِيْلُهَا التَّسْلِيْمُ
“Pembuka solat adalah bersuci, pengharamannya setelah bertakbir dan penghalalannya setelah memberi salam”.[8]
كَانَ يَرْفَعُ صَوْتَهُ بِالتَّكْبِيْرِ حَتَّى يُسْمِعَ مَنْ خَلْفَهُ
“Baginda bertakbir dengan suara nyaring sehingga terdengar oleh sesiapa yang berada di belakangnya”. [9]
كَانَ اِذَا مَرِضَ رَفَعَ اَبُوْ بَكْرٍ صَوْتَهُ يُبَلِّغُ النَّاسَ تَكْبِيْرَهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
“Diketika baginda sedang sakit, Abu Bakar membantu takbir Rasulullah dengan mengucapkan takbir secara yang nyaring agar dapat didengar oleh manusia”.[10]
Ada pun cara mengangkat kedua tangan semasa baginda bertakbir ialah:
اَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَرْفَعُ يَدَيْهِ حَذْوَ مَنْكِبَيْهِ اِذَا افْتَتَحَ الصَّلاَةَ ، وَاِذَا كَبَّرَ للرُّكُوْعِ ، وَاِذَا رَفَعَ رَاْسَهُ مِنَ الرُّكُوْعِ .
“Sesungguhnya Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengangkat kedua tangannya setanding bahunya ketika memulakan solat, setiap kali bertakbir untuk ruku’ dan setiap kali bangkit dari ruku’”.[11]
اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، كَانَ اِذَا كَبَّرَ رَفَعَ يَدَيْهِ حَتَّى يُحَاذِيَ بِهِمَا اُذُنَيْهِ .
“Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam biasa mengangkat kedua tangannya setanding telinganya setiap kali bertakbir”.[12]
كَانَ يَرْفَعُهُمَامَمْدُوْدَةَ اْلاَصَابِعِ لاَ يُفَرِّجُ بَيْنَهُمَا وَلاَ يَضُمُّهَا.
“Baginda mengangkat kedua tangannya dengan membuka jari-jemarinya lurus ke atas. Tidak merenggangkannya dan tidak pula menggenggamnya”.[13]
“Adakalanya Nabi mengangkat kedua tangannya bersamaan dengan ucapan takbir”.[14]
“Kadang kala mengangkat kedua tangannya sesudah ucapan takbir”. [15]
“Ada kalanya mengangkat kedua tangannya sebelum ucapan takbir”.[16]
4. MENGARAHKAN PANDANGAN MATA KE BUMI (KE TEMPAT SUJUD)
كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذَا صَلَّى طَاْطَاَ رَاْسَهُ وَرَمَى بِبَصَرِهِ نَحْوَ اْلاَرْضِ.
“Pada kebiasaannya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam diketika solaltnya, menundukkan kepala dan memandang bumi (ke tempat sujudnya)”. [17]
لَمَّا دَخَلَ الْكَعْبَةَ مَا خَلَفَ بَصَرُهُ مَوْضِعَ سُجُوْدِهِ حَتَّى خَرَجَ مِنْهَا.
“Semasa baginda memasuki Ka’bah pandangannya (semasa solat) tetap ke arah tempat sujudnya sampailah baginda keluar darinya”.[18]
كَانَ يَنْهَى عَنْ رَفْعِ الْبَصَرِ اِلَى السَّمَآءِ
“Baginda dengan keras melarang mengadah (memandang/mendongak) ke langit”. [19]
لَيَنْتَهِيَنَّ اَقْوَامٌ يَرْفَعُوْنَ اَبْصَارَهُمْ اِلَى السَّمَآءِ فِى الصَّلاَةِ اَوْ لاَ تَرْجِعُ اِلَيْهِمْ (وَفِى رِوَايَةٍ :اَوْ لَتُخَطَّفَنَّ اَبْصَارُهُمْ).
“Hendaklah orang-orang berhenti mengadah (memandang/menjenguk) ke langit ketika sedang solat atau matanya tidak dikembalikan lagi kepada mereka. (Dalam riwayat lain: Atau mata-mata mereka akan dicabut”.[20]
فَاِذَا صَلَّيْتُمْ فَلاَ تَلْتَفِتُوْا ، فَاِنَّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهَهُ لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِى صَلاَتِهِ مَا لَمْ يَلْتَفِتْ.
“Apabila kamu bersolat, janganlah menoleh ke kanan atau ke kiri, kerana Allah akan sentiasa menghadapkan wajah-Nya kepada hamba-Nya yang sedang solat selama ia tidak menoleh ke kanan atau ke kiri”.[21]
لاَ يَزَالُ اللهُ مُقْبِلاً عَلَى الْعَبْدِ فِى صَلاَتِهِ مَا لَمْ يَلْتَفِتْ ، فَاِذَا صَرَّفَ وَجْهَهُ انْصَرَفَ عَنْهُ.
“Allah akan sentiasa menghadap ke wajah hamba-Nya yang sedang solat selama ia tidak menoleh ke kanan atau ke kiri. Jika hamba itu memalingkan wajahnya, Allah pun akan berpaling darinya”.[22]
اِخْتِلاَسٌ يَخْتَلِسُهُ الشِّيْطَانُ مِنْ صَلاَةِ الْعَبْدِ
“(Menoleh ke kanan atau ke kiri) adalah colekan syaitan terhadap orang yang sedang solat (supaya tidak khusyu’)”.[23]
Menurut Syeikh Nasruddin al-Albani rahimahullah, memejamkan mata ketika solat tiada contohnya dari sunnah.
5. BERSEDEKAP DI DADA
Cara bersedekap (meletakan kedua tangan) bukan di bawah pusat, bukan di pusat atau di perut tetapi di atas dada sebagaimana penjelasan dari hadis-hadis sahih yang berikut:
كَانَ يَضَعُ الْيُمْنَى عَلَى ظَهْرِ كَفِّهِ الْيُسْرَى وَالرُّسْغِ وَالسَّاعِدِ
“Baginda meletakkan tangan kanannya pada punggung telapak kirinya, pergelangan atau lengan kiranya”.[24]
كَانَ اَحْيَانًا يَقْبِضُ بِالْيُمْنَى عَلَى الْيُسْرَى
“Kadang kala baginda menggenggamkan jari-jari tangan kanannya pada lengan kirinya”.[25]
كَانَ يَضَعُهُمَا عَلَى الصَّدْرِ
“Baginda meletakkan kedua tangannya (bersedekap) di dada”.[26]
يَضَعُ هَذِهِ عَلَى صَدْرِهَ
“Baginda meletakkan tangannya pada dadanya”.[27]
كَانَ يَضَعُ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى الْيُسْرَى
“Baginda meletakkan tangannya yang kanan di atas tangan kirinya”.[28]
كَانَ يَنْهَى عَنِ اْلاِخْتِصَارِ فِى الصَّلاَةِ
“Baginda melarang dari bercekak pinggang dalam solat”.[29]
Menurut Syeikh Nasruddin al-Albani rahimahullah: Bersedekap di dada adalah perbuatan yang sahih menurut sunnah. Yang bertentangan dengan cara ini adalah lemah dan tidak mempunyai dasar riwayat yang sahih. Cara-cara yang sesuai dengan sunnah inilah yang diamalkan oleh imam Ishak bin Rahawaih dan Imam Marwazi dalam kitab Masail hlm 222.
PERHATIAN: Tiada perbezaan antara cara bersolat seorang lelaki dan seorang wanita. Kerana keumuman hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh imam Bukhari: “Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku mengerjakan solat”. Membiza-bizakan cara solat lelaki dan wanita adalah suatu yang bid’ah.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam amat menitik-beratkan tentang kesempurnaan menjaga solat, termasuk solat berjamaah, khusyu’ dan tawadu’ dalam solat, oleh itu, wajib diperhatikan semua sifat solat Nabi sebagaimana sabda baginda:
مَا مِنْ امْرِئٍ تَحْضُرُهُ صَلاَةٌ مَكْتُوْبَةٌ فَيُحْسِنُ وُضُوْءَ هَا وَخُشُوْعَهَا وَرُكُوْعَهَا اِلاَّ كَانَتْ كَفَّارَةً لِمَا قَبْلَهَا مِنَ الذُّنُوْبِ مَا لَمْ يُؤْتِ كَبِيْرَةً وَذَلِكَ الدَّهْرُ كُلُّهُ.
“Seseorang yang kedatangan waktu solat wajib, lalu berwuduk dengan sempurna, lalu solat dengan khusyu’ dan melakukan ruku’ dengan baik, pasti solatnya akan menjadi penebus dosa-dosanya yang lalu selama ia tidak melakukan dosa besar dan hal itu berlaku setahun penuh”.[30]
Sewaktu solat, baginda sentiasa menghadapkan segalanya ke arah Kiblat, sehingga ibu jari (jari-jari) kaki baginda juga dihadapkan ke arah Kiblat.[31]
[1] . H/R Bukhari, Muslim dan Ahmad.
[2] . Muttafaqun ‘Alaihi.
[3] . H/R Bukhari dan Abu Daud.
[4] . Ibid.
[5] . Lihat: Tuntutan Rasulullah Dalam Ibadah, hlm. 19. Ibn Qaiyyim al-Jauziyah.
[6] . H/R Tabrani dengan sanad sahih.
[7] . Lihat: Tuntutan Rasulullah Dalam Ibadah, hlm 19. Ibn Qaiyyim Al-Jauziyah.
[8] . H/R Abu Daud, Tirmizi dan Hakim.
[9] . H/R Ahmad dan Hakim, disahihkan oleh Hakim dan disetujui oleh az-Zahabi.
[10] . H/R Muslim dan Nasaii.
[11] . Muttafqun ‘Alaihi.
[12] . H/R Muslim.
[13] . H/R Abu Daud, Ibnu Khuzaimah, Tamam dan Hakim. Disahihkan oleh Hakim dan
disetujui oleh az-Zahabi.
[14] . H/R Bukhari dan an-Nasaii.
[15] . H/R Bukhari dan an-Nasaii.
[16] . H/R Bukhari dan Abu Daud.
[17] . H/R Baihaqi dan Hakim, disahihkan oleh Hakim.
[18] . Ibid.
[19] . H/R Bukhari dan Abu Daud.
[20] . H/R Bukhari dan Muslim.
[21] . H/R Tirmizi dan Hakim. Disahihkan oleh keduanya.
[22] . H/R Abu Daud dan lain-lain. Disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban.
[23] . H/R Bukhari dan Abu Daud.
[24] . H/R Abu Daud, Nasaii, Ibnu Khuzaimah dengan sanadnya yang sahih dan
disahihkan oleh Ibnu Hibban.
[25] . H/R Nasaii dan Daraqutni dengan sanad sahih.
[26] . H/R Bukhari dalam sahihnya. Abu Daud, Ibnu Khuzaimah, Ahmad dan Abu
Syeikh, Tirmizi menghasankan salah satu hadis ini.
[27] . H/R Ahmad.
[28] . H/R Muslim dan Abu Daud.
[29] . H/R Bukhari dan Muslim.
[30] . H/R Muslim.
[31] . Lihat: Sifat Solat Nabi, hlm. 174. Nasruddin al-Albani.


0 ulasan:
Catat Ulasan